Biji Aprikot Pokok_Aprikot

Kajian yang telah dilakukan oleh seorang saintis biokimia, Dr. Ernest T. Krebs mendakwa biji aprikot kaya dengan Vitamin B17. Vitamin B17 ini telah lama digunakan oleh pakar perubatan dalam bidang rawatan kanser.

Kajian mengenai keberkesanan Vitamin B17 telah pertama kali dilakukan oleh seorang pakar Biokimia yang berdedikasi Dr. Ernest T. Krebs pada tahun 1950. Kajian susulan juga dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk di mana di dalam pemerhatian beliau di bawah mikroskop, Vitamin B17 telah dimasukkan ke dalam sel kanser dan mendapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali[2].

Selain itu, penemuan ini turut mendapat perakuan daripada beberapa saintis perubatan yang lain. Antaranya, Dr. Hans Nieper iaitu seorang pakar kanser dari Jerman Barat. Melalui pengalaman beliau selama 20 tahun, beliau mendapati B17 sangat berkesan sebagai langkah pencegahan kanser dan beliau turut mengakui tiada vitamin lain melainkan B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.

Penaung kepada produk Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, seorang pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM mengakui biji aprikot mengandungi kandungan Vitamin B17 paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain serta mampu meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya membantu dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik metabolik[3].

Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dan penyimpanan. Ini boleh menyebabkan keracunan terhadap tubuh badan.

Beliau menggalakkan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot[4] terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Kelebihan Vitamin B17 telah berjaya dibuktikan oleh masyarakat Hunza di Pakistan. Mereka juga menjadikan buah dan biji aprikot sebagai diet utama mereka. Dari bijinya, dihasilkan minyak masak dan losyen muka. Inilah faktor yang menyebabkan kaum ini mempunyai purata umur sehingga 100 tahun[5].

Buah aprikot dikeringkan di tanah di Turki.

Rujukan

WikiPedia: Pokok_Aprikot http://www.apricotseedworld.com/biji-aprikot-keleb... http://www.apricotseedworld.com/penawar-kanser-dar... http://www.cancertutor.com/deathbydoctoring8/ http://www.instanthealthyliving.com/why-people-of-... http://ndb.nal.usda.gov/ndb/search/list http://ndb.nal.usda.gov/ndb/search/list?qlookup=09... http://ndb.nal.usda.gov/ndb/search/list?qlookup=09... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130224... http://faostat.fao.org/site/339/default.aspx http://www.gutenberg.org/dirs/1/1/3/6/11369/11369....